Monday, March 22, 2010

MAUT DIGILIS LORI

KUANTAN 22 Mac - Seorang pelajar maut selepas terjatuh dari motosikal yang ditungganginya sebelum digilis sebuah lori di Kilometer 25, Jalan Temerloh berdekatan Bera semalam.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, Muhammad Firdaus Azhar, 18, dari Taman Cempaka, Bera meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.

Pegawai Turus Trafik negeri, Deputi Supritendan Mohd. Najid Jusoh berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Triang menghala ke Temerloh.

"Mangsa dipercayai terlanggar lopak air menyebabkan dia gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh di atas jalan.

"Tiba-tiba sebuah lori dari arah belakang gagal mengelak lalu merempuh dan menggilis mangsa," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

KAT MANE NI??? bunyi cam dekat ngan my village..
Al-Fatihah...

berita lanjut:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0323&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm&arc=hive

1 comment:

nurin said...

dengar cite arwah dlm perjalan pulg dr ybc.. sedey sgt..
al-fatihah...
moga rohnye dicucuri rahmat...